7 SEBAB UTAMA LETIH DAN PENAT BERPANJANGAN

Salam dan selamat petang semua...penat dan letih tak dapat dipisahkan dari kita manusia biasa.apatah lagi ibu atau isteri sama ada yang bekerja mahupun suri rumah.....penat dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab harian yang tak pernah habis...tapi jangan disesali dengan tanggungjawab ini sebab ni la salah satu jalan untuk kita masuk syurga di Sana nanti...InsyaAllah...

Penat betul ni...huhu

Ni lagi penat dengan kain yang bertimbun...huhu

tapi untuk lebih detail jom kita tengok apa penyumbang utama yang menyebabkan kita sentiasa penat:

1. Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan)

Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan lembap. Keadaan ini menyebabkan badan letih dan lemah. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum 1-2 gelas air dan lihat kesannya.

2. Aktiviti berlebihan

Jika jadual harian anda padat dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga dan pergerakan yang kerap, anda mungkin mengalami keletihan dari segi mental dan fizikal. Begitu juga jika anda aktif bersukan dan bersenam secara berlebihan, anda akan mengalami keletihan pada otot dan badan. Jenis pekerjaan juga boleh menyebabkan anda keletihan.

3. Ubat-ubatan

Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan sampingan negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Contohnya ubat bersifat anti-depresi dan ubat yang penghalang beta seperti ubat migrain dan darah tinggi. 

4. Kurang Zat Besi

Zat besi adalah antara unsur mineral yang diperlukan tubuh dalam proses mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel. Sekiranya anda kekurangan zat besi, fungsi tubuh tidak dapat berfungsi dengan normal hingga menyebabkan anda berasa letih.

5. Tidur kurang berkualiti/ tidak lena

Bukan mudah untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yang gagal tidur berkualiti disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan

6. Keadaan Kesihatan

Berhati-hati, keletihan anda mungkin petanda keadaan kesihatan kurang baik. Terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan keletihan seperti masalah penghadaman, penyakit berkaitan kardiovasukular, kanser, penyakit autoimun, penyakit hati dan banyak lagi. Mengandung juga boleh menjadi punca anda keletihan.

7. Stress

Keadaan stress seseorang boleh menyumbang kepada keletihan. Orang yang stress akan mudah rasa letih. Bukan setakat tubuh fizikal yang akan letih, mental juga akan turut merasainya.

TANDA/ SIMPTOM KELETIHAN

Kebanyakan orang yang mengalami keletihan mendakwa mereka akan mempunyai salah satu atau kombinasi dari simptom-simptom berikut:

~ Kurang bertenaga
~ Rasa tidak selesa
~ Rasa tidak sihat
~ Rasa mengantuk
~ Rasa kurang semangat/ motivasi
~ Sukar beri tumpuan
~ Sukar buat keputusan
~ Sukar sempurnakan tugas harian
~ Rasa tertekan
~ Rasa nak marah

~....hubungan yang semakin hambar...dengan semua orang...sebab asyik tiada mood
~ dan yang paling bahaya...hubungan dengan Pencipta...yang dibuat acuh tak acuh kerana penyakit malas melanda..

TIPS ATASI KELETIHAN

1. Tidur berkualiti : tetapkan rutin tidur yang sihat, kosongkan fikiran anda sebelum tidur, dapatkan tidur yang mencukupi kerana waktu tidurlah mental dan fizikal anda berehat setelah seharian bekerja

2. Makan dan minum dengan betul : amalkan gaya pemakanan yang seimbang dan sihat, jangan makan terlalu banyak terutamanya beberapa jam sebelum tidur, kurangkan pengambilan kafein, ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi anda

3. Bersenam : Kajian menunjukkan, individu yang bersenam secara konsisten akan dapat menngurangkan faktor risiko yang menyebabkan keletihan berpanjangan. Badan yang tidak cergas akan mudah keletihan. Dan senaman yang paling terbaik adalah solat 5 waktu serta solat2 sunat yang lain. 

SUPPLEMENT YANG DAPAT MEMBANTU

Dan dengan mengamalkan petua2 di atas ini dan mengambil supplement di bawah ini,Alhamdulillah saya dah berjaya mengurangkan keletihan kronik yang pernah saya alami dulu...dan Supplement2 ajaib dari shaklee adalah seperti berikut:


1. VitaLea Iron Formula - mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik

2. Vita C Sustained Release  - mengisi kehilangan vitamin c yang mudah berlaku ketika melakukan aktiviti harian. Membantu meningkatkan sistem imun badan

3. B Complex - mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Membantu proses metabolisma makanan kepada tenaga serta mengurangkan stress.

4. ESP Soy Protein Isolate Powder - Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Juga mambantu mengurangkan stress. 

5. OsteMatrix - mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan mangan untuk membantu dalam memelihara kesihatan menyeluruh. Kalsium membantu kesihatan otot dan saraf serta mendapat tidur lebih lena (PROMOSI BULAN NI - APRIL 2014)

6. Cinch Energy Tea Mix - Ni yang paling saya suka...alternatif kepada minuman teh dan kopi kegemaran anda. Membantu meningkatkan tenaga secara semulajadi sekaligus meningkatkan metabolisma badan.

untuk mendapatkan konsultasi percuma dari saya boleh hubungi saya :

Mommy Uwais [Liza]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 971484]
011-19950152| 0139203530|lizasmktls@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Makan Vitamin masih tak berkesan-Kenapa Ya?

Jom berNutriWhite