Posts

Showing posts from April 9, 2014

7 SEBAB UTAMA LETIH DAN PENAT BERPANJANGAN

Image
Salam dan selamat petang semua...penat dan letih tak dapat dipisahkan dari kita manusia biasa.apatah lagi ibu atau isteri sama ada yang bekerja mahupun suri rumah.....penat dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab harian yang tak pernah habis...tapi jangan disesali dengan tanggungjawab ini sebab ni la salah satu jalan untuk kita masuk syurga di Sana nanti...InsyaAllah... Penat betul ni...huhu Ni lagi penat dengan kain yang bertimbun...huhu tapi untuk lebih detail jom kita tengok apa penyumbang utama yang menyebabkan kita sentiasa penat: 1. Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan) Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan lembap. Keadaan ini menyebabkan badan letih dan lemah. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum 1-2 gelas air dan lihat kesannya. 2. Aktiviti berlebihan Jika jadual harian anda padat dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan t