Rahsia mengelakkan koyakan dan jahitan ketika bersalin

salam selasa semua...

Hari yang indah ni saya nak cerita pasal satu rahsia....dah lama simpan tapi sangat bernilai untuk dikongsi bersama mommy2 yang bakal melahirkan.....khas untuk kak su, kak Ani dan semua bakal2 mommy...malu nak cite,tp ia ilmu yang sangat bernilai sepanjang saya bergelar seorang ibu...pengalaman bersalin kali ni ada perasaan yang sukar diungkapkan...seronoknya bergelar ibu..

Disamping makan Supplement untuk ibu hamil yang sememangnya banyak membantu dalaman saya untuk kekal sihat dan ceria...ada juga petua2 lain yang saya amalkan....

Seperti mana tajuk di atas...petua ni memang saya sendiri amalkan bermula pada minggu ke 34..dan ia berkesan..tiada koyakan mahupun luka untuk dijahit.Alhamdulillah...

Ia adalah urutan perineum.

Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage"

Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?

* Lakukan "Perineal Massage"
* Menggunakan 1 atau 2 jari
* Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh dijangka bersalin.


Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?

* Tidak ada.
* Senang dilakukan.
* Tidak menyakitkan.
* Tidak perlu bayaran.


Tatacara mengurut perineum

1. Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung atau bersandar.

2. Sapukan pelicin (minyak zaitun- saya guna VCO Tanamera). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.

3. Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.

4. Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.

5. Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.

6. Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 5 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.

7. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.

Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.

Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan atau penyakit pada bahagian vagina.
Jika anda merasa sakit semasa urutan, hentikan segera urutan dan lakukan semula pada masa yang lain.


Selamat mencuba dan selamat melahirkan...semoga kita dapat melahirkan ahli syurga dengan selamat dan sihat untuk bekalan pencen kubur kita di sana nanti...amin...

Comments

Popular posts from this blog

7 SEBAB UTAMA LETIH DAN PENAT BERPANJANGAN

Makan Vitamin masih tak berkesan-Kenapa Ya?

Jom berNutriWhite