Sangat terkesan dengan kata-kata ini.....

Hasil dari mendengar audio record ustazah Norhafizah Musa hari ni...sangat betul dan sangat terinspirasi...

Suasana Hati Kita

Ibu bapa, apa yang kita beri, suasana hati kita, sangat mempengaruhi hati anak-anak.
Hati kita yang lembut dengan anak, hati yang penuh kemaafan, penuh dengan kasih sayang.

Kita tengok anak kita yang menyakitkan dengan kita, tapi hati kita lembut untuk cakap dengan baik, untuk maafkan dia, kelembutan kita itu akan terbias pada hati anak-anak. Akhirnya suatu hari anak akan tengok, masyaAllah, dia akan nampak, Ibu dia ada satu kawalan diri yang sangat hebat, yang sungguh mahal harganya jiwa ibu nya itu.

Ibu yang istiqamah berlembut hati, dengan bacaan al-quran, selawat.

Apabila berjumpa dengan anak, dengan renungan mata kita - aura itu sampai pada anak, akan bancuh balik jiwa anak-anak tersebut.

Kini, ada ibu bapa yang tengok anak pun tak sempat. Balik rumah, sambil mencari-cari kunci dalam bag, bagi arahan, “haa solat, solat”. Di meja makan, menghadap anak, tetapi sibuk dengan telefon. Apatah lagi untuk merenung, membelai anak-anak dengan kelembutan. Diberitahu juga kisah kawan ustazah seorang pendakwah yang anaknya ramai, katanya apabila dia di rumah, hampir tiada masanya untuk dia berseorangan berehat, kerana setiap minit akan bergilir-gilir anaknya dipeluk dipangkuannya. Itulah waktu rehatnya. Bagaimana hendak terasa aura ibu bapa, jika melihat anak pun tak sempat?

Anak-anak cerminan Ibubapa

Kita sering melihat anak-anak yang ‘berbuat perangai’ di kedai. Mengamuk nak kan sesuatu sehingga dia dapat. Memang sakit sungguh hati ibu bapa.
Sebenarnya, secara sangat halus Allah menyindir si ibu. Kita jengkel tengok anak buat perangai macamtu, sebenarnya kita macam tu lah. Kita pun sama. Apa sahaja yang nafsu kita nak, kita akan pastikan nafsu tu dapat. Bukan dengan cara tergolek-golek di kedai lah, tetapi, apa yang nafsu kita inginkan, kita akan ikhtiar juga sehingga dapat, dengan cara kita, sehingga nafsu itu dituruti. *gulp*
Suatu hari, bila kita dah boleh kawal nafsu kita dengan baik, mujahadah dengan baik, kita tengok, anak kita pun dah pandai kawal dirinya.

Comments

Popular posts from this blog

7 SEBAB UTAMA LETIH DAN PENAT BERPANJANGAN

Makan Vitamin masih tak berkesan-Kenapa Ya?

Jom berNutriWhite